Tuesday, 5 March 2013

MAJLIS AKUJANJI UPSR 2013

     Pada 25 Februari 2013 yang lalu, Unit B&K dengan kerjasama JK Tahun 6 telah bersepakat untuk mengadakan Majlis Akujanji UPSR. Tahun ini merupakan tahun kedua majlis ini dijalankan. Seramai 174 orang calon UPSR telah melafazkan ikrar akujanji untuk kecemerlangan UPSR 2013. Pada majlis tersebut juga, kesemua ketua kelas Tahun 6 telah dipakaikan button badge UPSR oleh Guru Besar sebagai pemangkin semangat untuk mereka mencapai 5A dalam UPSR. Kesemua murid Tahun 6 juga telah diminta mengisi borang Akujanji yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga masing-masing. Setiap murid akan diberikan button badge selepas sahaja majlis tersebut berakhir. Unit B&K berharap agar pencapaian UPSR pada tahun ini akan lebih memberangsangkan. All The Best Girls!






MAJLIS PELANTIKAN PRS 2013

  Pada tahun ini, seramai 25 orang Pembimbing Rakan Sebaya telah menerima watikah pelantikan semasa Majlis Pelantikan yang berlangsung pada 18 Februari 2013. Majlis tersebut telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Dalam majlis tersebut, pustakawati, ketua dan penolong ketua kelas turut menerima watikah pelantikan. Unit B&K mengucapkan tahniah kepada mereka semua yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Untuk PRS lantikan baru, selamat datang cikgu ucapkan! :)







MAJLIS DIALOG UPSR 2013

Tarikh    : 29 Januari 2013
Tempat  : Dewan SKPM

      Pada tahun ini Majlis Dialog UPSR diadakan serentak dengan Majlis Agihan Wang Bantuan Persekolahan 2013. Seperti tahun-tahun sebelum ini, aktiviti-aktiviti peningkatan UPSR telah dibentangkan kepada semua ibu bapa yang hadir sebagai makluman usaha yang pihak sekolah akan lakukan untuk calon-calon UPSR pada tahun ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebuat ialah :

1) Majlis Dialog bersama ibu bapa
2) Kelas Tambahan di luar jadual waktu setiap sabtu & cuti penggal persekolahan
3) Program peningkatan akademik daripada PPD dan JPS.
4) Gerak Gempur UPSR
5)  Program motivasi diri dan Seminar teknik menjawab UPSR

6) Penggunaan akhbar Didik Berita Harian dalam PdP

7) Majlis solat hajat dan Majlis Restu

8)  Bacaan Yasin setiap Jumaat

9)  Kelas khas untuk murid HALUS

10) Kelas Pemulihan untuk murid tegar

11) Program Segar Minda

12) Program Aku Janji 5A


       Seramai 174 murid Tahun 6 akan menduduki UPSR pada kali ini. Cadangan kutipan bayaran kelas tambahan juga telah dibincangkan semasa majlis ini. Unit B&K berharap agar pencapaian UPSR pada tahun ini terus meningkat dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan juga ibu bapa.

Layar pentas

Ibu bapa memberi cadangan

Pembentangan oleh Guru Besar

Buku Program

Antara ibu bapa yang hadir


PROGRAM MAJU DIRI (PMD) 2013

Layar Pentas

Majlis Perasmian PMD di dewan

Slot B&K

Slot Disiplin

Slot motivasi Ultimate Champion

 Tarikh  : 2- 4 Januari 2013

    Tahun 2013 membuka tirai dengan Program Maju Diri (PMD) yang dijalankan khusus buat murid-murid Tahap 2. Pelbagai aktiviti telah disusun berdasarkan kepada modul PMD yang telah diubahsuai oleh Unit B&K. Selain itu, Unit B&K juga telah menjemput pihak Ultimate Champion untuk mengisi slot khas motivasi untuk murid-murid Tahun 6. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan PMD tahun ini.