Tuesday, 7 August 2012

MAJLIS AKUJANJI UPSR 2012

   Unit B&K telah mengadakan Majlis Akujanji UPSR buat julung kalinya di SKPM. Pada tahun ini, semua murid Tahun 6 diwajibkan mengisi borang Akujanji UPSR dan ditandatangani oleh ibu bapa masing-masing. Borang tersebut mengandungi target pencapaian untuk UPSR 2012. Setelah berbincang dengan Guru Besar, semua murid kelas ^Mutiara dan 6 Berlian dimestikan mengisi target 5A, manakala kelas-kelas lain mengikut pencapaian semasa. Bagi murid yang pernah gagal pula, diwajibkan mengisi target sekurang-kurangnya C.
  Majlis ini telah diadakan pada waktu perhimpunan rasmi di dalam dewan. Bacaan ikrar diketuai oleh Wan Nur Adriana Shahira daripada kelas 6 Mutiara bersama dengan semua ketua dan penolong ketua kelas Tahun 6. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan jayanya. Menurut guru-guru Tahun 6, murid-murid kesayangan cikgu ni telah menunjukkan sedikit perubahan dalam prestasi Percubaan UPSR yang berlangsung baru-baru ini impak daripada Akujanji tersebut. Alhamdulillah, syukur!


   Insyaallah, program ini akan dibuat penambahbaikan dengan melibatkan ibubapa dan guru-guru pula.

No comments:

Post a Comment