Majlis penghargaan untuk pencapaian murid The Champion semasa PKSR 1.
Individu Terbaik 5 A :
Siti Nurqistina Balqis Bt Syahrul Effendy
Kumpulan Terbaik :
Superb
TAHNIAH! Teruskan kecemerlangan !
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Thursday, 30 July 2015
BENGKEL KECEMERLANGAN UPSR OLEH PUSAT TUISYEN ERA TINTA
Tarikh : 27 Mei 2015
Anjuran : Unit B&K dengan kerjasama Pusat Tuisyen Era Tinta
Anjuran : Unit B&K dengan kerjasama Pusat Tuisyen Era Tinta
![]() |
| Subjek Bahasa Inggeris |
![]() |
| Subjek Sains |
![]() |
| Subjek Bahasa Melayu |
![]() |
| Subjek Matematik |
Tuesday, 28 April 2015
THE CHAMPION
Program The Champion merupakan idea daripada Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Ia telah dijadikan program wajib untuk dilaksanakan disetiap sekolah.
Untuk tahun 2015, pihak sekolah telah bersepakat untuk menghantar 20 nama calon UPSR yang berpotensi untuk mendapat 5A kepada pihak JPNS, manakala 30 orang lagi calon di peringkat sekolah. Jumlah keseluruhan calon harapan 5A ialah 50 orang.
Mereka telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang diketuai oleh seorang guru muda untuk setiap kumpulan. Guru Muda ini ialah ketua kumpulan yang terdiri daripada murid yang mendapat 5A semasa Ujian bulanan 1 yang lalu.
Cikgu berharap agar kumpulan-kumpulan ini dapat bergerak dan bersama-sama meningkatkan prestasi pencapaian untuk setiap ujian sehinggalah UPSR pada bukan September nanti.
BENGKEL KEPIMPINAN 2015
Tarikh : 12 Mac 2015 ( Khamis)
Sasaran : Pengawas, PPS, PRS, Ketua dan Pen Ketua Tahap 2.
Kendalian : Wirajaya Excellence Consultancy

Sasaran : Pengawas, PPS, PRS, Ketua dan Pen Ketua Tahap 2.
Kendalian : Wirajaya Excellence Consultancy

Tuesday, 24 February 2015
MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2015
Pada 23 Februari 2015, Unit B&K dengan kerjasama Wirajaya Excellent Consultancy telah menjalankan ceramah motivasi untuk calon-calon UPSR 2015. Ceramah yang bertajuk 'Perubahan Sikap Membawa Kecemerlangan ' telah disampaikan oleh Encik Muhammad Shahdan daripada Wirajaya Excellent Consultancy.
Ceramah telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Banyak input, teknik dan petua yang telah diberikan oleh penceramah untuk dijadikan panduan oleh calon-calon UPSR. Pada akhir slot, muhasabah diri telah membuatkan ramai yang menitiskan airmata. Cikgu pun rasa terharu sekiranya selepas ini murid-murid Tahun 6 dapat membuat sedikit perubahan sikap untuk kebaikan bersama.
Saturday, 7 February 2015
MAJLIS DIALOG,AKUJANJI TAHUN 6 & CERAMAH KEIBUBAPAAN 2015
Majlis Dialog bersama ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 6 Februari 2015 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam majlis tersebut, aktiviti-aktiviti peningkatan akademik Tahun 6 telah dibentangkan kepada ibu bapa yang hadir. Pihak sekolah juga telah menjemput Tuan Haji Hushim Bin haji Salleh untuk memberi ceramah keibubapaan yang bertajuk "Ibu bapa cemerlang, Anak gemilang" kepada mereka yang hadir.
Setelah selepsai ceramah, murid-murid tahun 6 telah melafazkan ikrar akujanji dan menandatangani dokumen akujanji tersebut bersama ibu bapa di hadapan guru kelas masing-masing.
Setelah selepsai ceramah, murid-murid tahun 6 telah melafazkan ikrar akujanji dan menandatangani dokumen akujanji tersebut bersama ibu bapa di hadapan guru kelas masing-masing.
PROGRAM MAJU DIRI 2015
Program Maju Diri (PMD) telah dijalankan selama 3 hari bermula 12 Januari sehingga 14 Januari 2015. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan PMD.
Monday, 4 August 2014
PELANCARAN KEMPEN 3S DAN JOM DATANG AWAL
Pada tahun ini, Unit B&K telah melancarkan satu aktiviti baru iaitu Kempen 3S ( Senyum, Sapa dan Sopan) dan Jom Datang Awal. Tujuan Kempen 3S diadakan adalah untuk mempertingkatkan tahap sahsiah murid-murid di sekolah ini. Untuk tujuan itu, Anugerah Sahsiah Cemerlang akan diberikan kepada murid-murid terpilih secara bulanan.
Kempen Jom Datang Awal pula diadakan untuk menggalakkan murid-murid datang awal ke sekolah dan mengurangkan jumlah murid yang selalu datang lewat ke sekolah. Untuk tujuan ini, 10 orang murid terawal setiap bulan akan diberikan penghargaan. Kedua-dua kempen ini akan berjalan sehingga bulan November 2014.
Kedua-dua kempen ini telah dilancarkan pada 7 Julai 2014 oleh Guru Besar Puan Hjh Noriati Bt Mohd Yusof semasa perhimpunan rasmi. Dua org murid PRS Tahun 6 iaitu Vasundhra Vythilingam dan Nur Marsya Maisarah telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk Budi Bahasa semasa majlis tersebut. Unit B&K berharap agar murid-murid dapat menghayati kempen ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian...senyum sokmo! :)
CERAMAH DAN PAMERAN PENCEGAHAN JENAYAH
Unit B&K dengan kerjasama Unit 3K, Disiplin dan PDRM telah mengadakan Ceramah dan Pameran Pencegahan Jenayah bertempat di dewan SKPM pada 28 April 2014 yang lalu. Pihak PDRM telah memberikan kerjasama yang sangat baik dengan membawa pelbagai bentuk bahan pameran yang merangkumi jenayah, trafik dan juga narkotik.
Seramai 7 orang pegawai PDRM dan Unit Trafik Balai Polis Klang Selatan telah hadir untuk sama-sama menjayakan aktiviti tersebut. Murid-murid kelihatan sangat teruja melihat pelbagai bentuk senjata yang digunakan dalam rompakan , bahan-bahan seperti wang palsu, jenis-jenis dadah dan pameran bergambar trafik yang dipamerkan. Selain itu, pihak PDRM juga telah melakukan demonstrasi cara mengesan cap jari pada bahan bukti.
Pihak sekolah sangat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PDRM atas ceramah dan pameran tersebut. Moga kerjasama ini akan berterusan, Insyaallah.
MINGGU PPDa 2014.
Alhamdulillah...Minggu PPDa telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 21 hingga 23 April 2014. Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang minggu tersebut. Antaranya ialah :
a) Ceramah Anti dadah daripada pihak AADK Klang.
b) Pertandingan Mewarna Poster Tahap 2
c) Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi Tahun 2 hingga 6
d) Pertandingan Mewarna Gambar Tahap 1

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Unit B&K juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Minggu PPDa pada tahun ini. Adalah diharapkan agar tahun hadapan akan ada lebih banyak penyertaan dan pertandingan yang akan dianjurkan.
Friday, 21 March 2014
BENGKEL KEPIMPINAN TAHUN 2014
Tarikh : 20 Mac 2014
Masa : 7.40 pagi hingga 1.30 tengah hari
Peserta: Pengawas, PRS,PSS,Ketua dan penolong ketua kelas.
Kaedah Pelaksanaan :
Masa : 7.40 pagi hingga 1.30 tengah hari
Peserta: Pengawas, PRS,PSS,Ketua dan penolong ketua kelas.
Kaedah Pelaksanaan :
- Ceramah pendek
- Ice breaking
- LDK 1 & 2
- Resolusi
Subscribe to:
Posts (Atom)

































.jpg)


.jpg)










