Showing posts with label PRS. Show all posts
Showing posts with label PRS. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

MAJLIS PELANTIKAN PRS 2015

Majlis Pelantikan untuk PRS sesi 2015 telah dijalankan pada 9 Februari 2015 (Isnin). Dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah menjemput Inspektor Khairul naim Bin Ahmad Saufy daripa PDRM Daerah Klang Selatan untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas, pustakawati, PRS, ketua dan penolong ketua kelas.

Pada tahun ini, jumlah PRS ialah seramai 28 orang. Ketua PRS ialah Amal Farhah Bt Razman dan dibantu oleh Nik Kymilia Ayuni Nik Mohd Zahari sebagai Penolong PRS.
Cikgu berharap agar PRS semakin mantap untuk tahun ini dan dapat menjadi pendengar yang baik untuk rakan-rakan yang memerlukan.





Sunday, 16 February 2014

MAJLIS PELANTIKAN PRS 2014





Majlis telah diadakan pada 20 Jan 2014 semasa perhimpunan rasmi.Seramai 24 orang PRS telah menerima watikah pelantikan.Ketua PRS ialah Sushanthine S.Vivekanandan dari kelas 6B manakala penolong ialah Insyirah Muhammad Yunus dari kelas 5B.

Tuesday, 5 March 2013

MAJLIS PELANTIKAN PRS 2013

  Pada tahun ini, seramai 25 orang Pembimbing Rakan Sebaya telah menerima watikah pelantikan semasa Majlis Pelantikan yang berlangsung pada 18 Februari 2013. Majlis tersebut telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Dalam majlis tersebut, pustakawati, ketua dan penolong ketua kelas turut menerima watikah pelantikan. Unit B&K mengucapkan tahniah kepada mereka semua yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Untuk PRS lantikan baru, selamat datang cikgu ucapkan! :)







Thursday, 19 April 2012

KURSUS ASAS PRS (Siri 1)

Kursus Asas PRS telah diadakan pada 03 Mac 2012 iaitu pada hari Sabtu. Ia telah dihadiri oleh 12 orang PRS. Kursus ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah. 2 orang guru bimbingan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot-slot ceramah yang meliputi aspek pengenalan Asas, tugas dan peranan, Asas Komunikasi serta Perkembangan Kendiri.

Selepas selesai slot ceramah, PRS telah mengikuti aktiviti LDK ringkas di dewan. Cikgu lihat kesemuanya ceria dan gembira dengan aktiviti LDk yang telah dijalankan. Insyaallah, pada masa hadapan UBK akan mengadakan Kursus PRS siri 2 dengan lebih banyak aktiviti LDK yang menarik. Terima kasih kepada semua PRS yang menghadiri kursus. Cikgu harap pengisian yang diberikan dapat membantu anda dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang PRS yang prihatin. Jangan lupa baca nota-nota yang dibekalkan! :)

Friday, 2 March 2012

MAJLIS PERLANTIKAN PRS TAHUN 2012

Pada 20 Februari yang lalu, Majlis Perlantikan Pengawas, Pustakawati, PRS, Ketua dan Penolong Ketua kelas telah diadakan. Majlis tersebut berlangsung semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin. Seramai 15 orang PRS telah diberikan watikan perlantikan. Ketua PRS, Anies Adlina Bt Ahmad Lotfi daripada kelas 6 Berlian telah membacakan ikrar PRS di hadapan semua guru dan murid-murid SKPM.

Barisan PRS sesi 2012
Cikgu mengucapkan tahniah kepada barisan perintis PRS atas lantikan tersebut. Selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ingat, Bantu Diri Untuk Bantu Rakan Lain! :)