Tempat : Dewan SKPM
Pada tahun ini Majlis Dialog UPSR diadakan serentak dengan Majlis Agihan Wang Bantuan Persekolahan 2013. Seperti tahun-tahun sebelum ini, aktiviti-aktiviti peningkatan UPSR telah dibentangkan kepada semua ibu bapa yang hadir sebagai makluman usaha yang pihak sekolah akan lakukan untuk calon-calon UPSR pada tahun ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebuat ialah :
1) Majlis Dialog bersama ibu bapa
2) Kelas Tambahan di luar jadual waktu setiap sabtu
& cuti penggal persekolahan
3) Program peningkatan akademik daripada PPD dan
JPS.
4) Gerak Gempur UPSR
5)
Program motivasi diri dan Seminar teknik
menjawab UPSR
6)
Penggunaan akhbar Didik Berita Harian dalam PdP
7)
Majlis solat hajat dan Majlis Restu
8)
Bacaan Yasin setiap Jumaat
9)
Kelas khas untuk murid HALUS
10)
Kelas Pemulihan untuk murid tegar
11)
Program Segar Minda
12)
Program Aku Janji 5A
Seramai 174 murid Tahun 6 akan menduduki UPSR pada kali ini. Cadangan kutipan bayaran kelas tambahan juga telah dibincangkan semasa majlis ini. Unit B&K berharap agar pencapaian UPSR pada tahun ini terus meningkat dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan juga ibu bapa.
Layar pentas |
Ibu bapa memberi cadangan |
Pembentangan oleh Guru Besar |
Buku Program |
Antara ibu bapa yang hadir |
No comments:
Post a Comment