Majlis dialog telah dilaksanakan pada 22 Januari 2014 serentak dengan agihan bantuan persekolahan 2014.Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Alex Gabriel. Dalam majlis ini, penyelaras Tahun 6 telah membentangkan program-program peningkatan murid UPSR dan meminta persetujuan semua ibu bapa yang hadir untuk penetapan bayaran kelas tambahan. Kehadiran ibu bapa pada tahun ini agak memuaskan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir dan berharap agar program-program yang telah dirancang dapat membantu anak-anak mereka untuk menghadapi UPSR pada tahun ini.
Tuesday, 18 February 2014
PROGRAM MAJU DIRI (PMD) 2014
Sebagai kepada pembuka tirai Tahun 2014, PMD telah pun dilaksanakan dengan jayanya bermula 2 Januari hingga 7 Januari 2014. Pada tahun ini, pengisian program dimantapkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan slot seperti Segar Minda, Inventori Personaliti dan Pertandingan Peta Minda.
Tahniah kepada semua murid yang telah pun mengikuti PMD dengan jayanya dan sekalung penghargaan kepada semua guru terutamanya penceramah-penceramah untuk slot-slot khas yang telah memberikan kerjasama yang sangat tinggi. Semoga tahun hadapan, PMD akan menjadi satu program yang lebih mantap dan cemerlang.
Sunday, 16 February 2014
MAJLIS PELANTIKAN PRS 2014
Majlis telah diadakan pada 20 Jan 2014 semasa perhimpunan rasmi.Seramai 24 orang PRS telah menerima watikah pelantikan.Ketua PRS ialah Sushanthine S.Vivekanandan dari kelas 6B manakala penolong ialah Insyirah Muhammad Yunus dari kelas 5B.
Subscribe to:
Posts (Atom)









