Tuesday, 28 April 2015

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG & PENYERAHAN MENTOR MENTEE


  Tarikh : 9 Mac 2015 ( Isnin)

GB bersama mentor Tahun 6


GB bersama mentor Tahun 5

GB bersama mentor Tahun 4

GB bersama mentor sesi petang


Tuesday, 24 February 2015

MAJLIS PELANTIKAN PRS 2015

Majlis Pelantikan untuk PRS sesi 2015 telah dijalankan pada 9 Februari 2015 (Isnin). Dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah menjemput Inspektor Khairul naim Bin Ahmad Saufy daripa PDRM Daerah Klang Selatan untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas, pustakawati, PRS, ketua dan penolong ketua kelas.

Pada tahun ini, jumlah PRS ialah seramai 28 orang. Ketua PRS ialah Amal Farhah Bt Razman dan dibantu oleh Nik Kymilia Ayuni Nik Mohd Zahari sebagai Penolong PRS.
Cikgu berharap agar PRS semakin mantap untuk tahun ini dan dapat menjadi pendengar yang baik untuk rakan-rakan yang memerlukan.





MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2015

Pada 23 Februari 2015, Unit B&K dengan kerjasama Wirajaya Excellent Consultancy telah menjalankan ceramah motivasi untuk calon-calon UPSR 2015. Ceramah yang bertajuk 'Perubahan Sikap Membawa Kecemerlangan ' telah disampaikan oleh Encik Muhammad Shahdan daripada Wirajaya Excellent Consultancy.

Ceramah telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Banyak input, teknik dan petua yang telah diberikan oleh penceramah untuk dijadikan panduan oleh calon-calon UPSR. Pada akhir slot, muhasabah diri telah membuatkan ramai yang menitiskan airmata. Cikgu pun rasa terharu sekiranya selepas ini murid-murid Tahun 6 dapat membuat sedikit perubahan sikap untuk kebaikan bersama.