Majlis Dialog bersama ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 6 Februari 2015 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam majlis tersebut, aktiviti-aktiviti peningkatan akademik Tahun 6 telah dibentangkan kepada ibu bapa yang hadir. Pihak sekolah juga telah menjemput Tuan Haji Hushim Bin haji Salleh untuk memberi ceramah keibubapaan yang bertajuk "Ibu bapa cemerlang, Anak gemilang" kepada mereka yang hadir.
Setelah selepsai ceramah, murid-murid tahun 6 telah melafazkan ikrar akujanji dan menandatangani dokumen akujanji tersebut bersama ibu bapa di hadapan guru kelas masing-masing.
Saturday, 7 February 2015
PROGRAM MAJU DIRI 2015
Program Maju Diri (PMD) telah dijalankan selama 3 hari bermula 12 Januari sehingga 14 Januari 2015. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan PMD.
Tuesday, 2 September 2014
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa
peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup dengan sungguh
pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh duduk diam. Anda juga
rasa semakin sukar untuk fokuskan fikiran anda kepada apa yang telah
anda pelajari. Apakah yang harus anda lakukan?
Ada satu cara untuk mengurangkan debaran sebegini.
Sedar tak, semasa anda resah dan berdebar, anda bernafas dengan laju
sekali? Anda bernafas kadangkala seperti orang yang baru berlari pecut
100 meter. Bernafas dengan laju begitu akan membuat paru-paru anda
sukar untuk menyerap oksigen yang anda sedut kerana anda sedut udara dan
lepaskannya semula dalam masa yang sangat singkat.
Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah,
pertama, duduk atau berhenti seketika. Tarik nafas sedalam-dalamnya.
Jika boleh tarik nafas panjang selama 7 saat. Kemudia tahan selama 7
saat juga (dalam masa yang sama tenangkan atau kosongkan fikiran anda)
dan kemudian lepaskan perlahan-lahan selama 7 saat juga. Buat aktiviti
ini 5 ke 10 kali.
Sebaik-baiknya anda amalkan cara pernafasan begini
semasa mengulangkaji pelajaran. Nanti kesannya lebih baik jika anda
lakukan semasa peperiksaan.
Praktikkan cara ini insyaallah anda akan rasakan kesannya yang membuat anda lebih tenang dan fokus. Selamat mencuba.
Tip #1
Bahaya menghafal di saat akhir
Sebelum memasuki dewan peperiksaan, pasti anda pernah
lihat kawan-kawan anda sibuk membuka buku dan cuba menghafal
fakta-fakta pelajaran kan? Apa pendapat anda tentang perkara ini?
Jika anda tanya saya, saya akan katakan bahawa ada
bahayanya jika anda lakukan perkara ini. Ini kerana, sebelum memasuki
dewan peperiksaan, anda lebih mudah panik. Katakan anda cuba menghafal
sesuatu dan gagl menghafalnya, anda akan masuk dewan peperiksaan dengan
perasaan sangat gementar kerana tidak menghafal fakta tadi. Ini mula
mengganggu konsentrasi ingatan anda terhadap fakta-fakta lain.
Akhirnya, fakta yang anda tidak sempat hafal tadi
mungkin tidak keluar langsung dalam soalan, tetapi disebabkannya, anda
lupa fakta lain yang anda telah hafal sebelum ini. Ini semua disebabkan
rasa panik dan gementar sebelum memasuki dewan peperiksaan tadi. Jadi,
berbaloikah anda membuka dan menghafal nota disaat-saat akhir di luar
dewan peperiksaan tadi?
Tip #2
Latih kebolehan menumpukan perhatian
Apabila kita sedang menjawab soalan di dalam dewan
peperiksaan, satu kebolehan yang amat kita perlukan ialah kebolehan
untuk menumpukan perhatian. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian,
kita akan merasa sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari.
Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian kepada menjawab soalan, kita
juga akan mudah merasa letih dan hilang kebolehan untuk berfikir dengan
tajam.
Satu cara untuk melatih kebolehan menumpukan
perhatian ialah semasa anda melakukan ulangkaji pelajaran. Semasa
mengulangkaji, ketepikan semua jenis gangguan seperti televisyen, radio,
handphone dan cuba cari tempat yang agak tenang seperti keadaan di
dalam dewan peperiksaan. Katakan anda sedang mengulangkaji matematik,
cari soalan-soalan matematik yang anda boleh lakukan dalam masa 30
minit. Dapatkan contoh kertas peperiksaan jika boleh.
Kemudian, duduk dengan selesa. (Duduk dengan selesa
bukan bermakna anda boleh berlunjur atau meletakkan kaki di atas meja )
Duduk seperti anda seorang pelajar cemerlang yang sedang menjawab soalan
peperiksaan. Tetapkan dalam hati (dengan bersungguh-sungguh) bahawa
anda akan menumpukan perhatian selama 30 minit untuk melakukan latihan
matematik. Kita mulakan latihan penumpuan perhatian ini dengan 30 minit
dulu. Jika anda rasa 30 minit terlalu lama, kurangkan sedikit.
Kemudian, mula menjawab soalan-soalan itu. Gunakan
segala usaha minda anda untuk menepis sebarang jenis gangguan yang
mungkin mengganggu konsentrasi anda. Mungkin dalam masa 30 minit anda
mula teringat rancangan television yang menarik dan mungkin anda juga
teringat tentang janji untuk berjumpa kawan. dalam masa 30 minit ini,
lupakan itu semua. Fokus 100 peratus perhatian anda kepada soalan yang
sedang lakukan.
Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelah berjaya,
tambahkan masa daripada 30 minit kepada 40, 50, 60 dan seterusnya
kepada masa sebenar yang diberi untuk menjawab kertas soalan matematik.
Dengan berlatih begini, anda akan meningkatkan
kebolehan anda untuk menumpukan perhatian dan bertahan dalam keadaan
sebegitu dengan lebih lama.
Selamat mencuba.
(Kredit : osmanaffan.com)
Nantikan tips-tips yang lain pada entri seterusnya ya!
Labels:
Kem. Belajar
Location:
Klang, Selangor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)










