Monday, 9 September 2013

BENGKEL KEPIMPINAN MUDA 2013


The back drop




Penceramah made in MGS :)

LDK time!

The presentation

Salam Sayang

Tarikh    : 19 Mac 2013
Sasaran  : Pengawas, PSS, PRS dan semua ketua Unit Beruniform
Anjuran  : UBK, PSS, Unit Ko Kurikulum dan Disiplin.


Pada tahun ini, UBK telah membuat sedikit perubahan di mana bengkel kepimpinan kali ini dikendalikan sendiri oleh guru bimbingan dengan kerjasama unit-unit terlibat. UBK tidak menjemput penceramah daripada luar seperti tahun-tahun sebelum ini. Alhamdulillah, ceramah dan aktiviti LDK berjalan lancar dan mendapat respons yang sangat positif daripada peserta. 

Tuesday, 5 March 2013

MAJLIS AKUJANJI UPSR 2013

     Pada 25 Februari 2013 yang lalu, Unit B&K dengan kerjasama JK Tahun 6 telah bersepakat untuk mengadakan Majlis Akujanji UPSR. Tahun ini merupakan tahun kedua majlis ini dijalankan. Seramai 174 orang calon UPSR telah melafazkan ikrar akujanji untuk kecemerlangan UPSR 2013. Pada majlis tersebut juga, kesemua ketua kelas Tahun 6 telah dipakaikan button badge UPSR oleh Guru Besar sebagai pemangkin semangat untuk mereka mencapai 5A dalam UPSR. Kesemua murid Tahun 6 juga telah diminta mengisi borang Akujanji yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga masing-masing. Setiap murid akan diberikan button badge selepas sahaja majlis tersebut berakhir. Unit B&K berharap agar pencapaian UPSR pada tahun ini akan lebih memberangsangkan. All The Best Girls!






MAJLIS PELANTIKAN PRS 2013

  Pada tahun ini, seramai 25 orang Pembimbing Rakan Sebaya telah menerima watikah pelantikan semasa Majlis Pelantikan yang berlangsung pada 18 Februari 2013. Majlis tersebut telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Dalam majlis tersebut, pustakawati, ketua dan penolong ketua kelas turut menerima watikah pelantikan. Unit B&K mengucapkan tahniah kepada mereka semua yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Untuk PRS lantikan baru, selamat datang cikgu ucapkan! :)