Tuesday, 5 March 2013

MAJLIS DIALOG UPSR 2013

Tarikh    : 29 Januari 2013
Tempat  : Dewan SKPM

      Pada tahun ini Majlis Dialog UPSR diadakan serentak dengan Majlis Agihan Wang Bantuan Persekolahan 2013. Seperti tahun-tahun sebelum ini, aktiviti-aktiviti peningkatan UPSR telah dibentangkan kepada semua ibu bapa yang hadir sebagai makluman usaha yang pihak sekolah akan lakukan untuk calon-calon UPSR pada tahun ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebuat ialah :

1) Majlis Dialog bersama ibu bapa
2) Kelas Tambahan di luar jadual waktu setiap sabtu & cuti penggal persekolahan
3) Program peningkatan akademik daripada PPD dan JPS.
4) Gerak Gempur UPSR
5)  Program motivasi diri dan Seminar teknik menjawab UPSR

6) Penggunaan akhbar Didik Berita Harian dalam PdP

7) Majlis solat hajat dan Majlis Restu

8)  Bacaan Yasin setiap Jumaat

9)  Kelas khas untuk murid HALUS

10) Kelas Pemulihan untuk murid tegar

11) Program Segar Minda

12) Program Aku Janji 5A


       Seramai 174 murid Tahun 6 akan menduduki UPSR pada kali ini. Cadangan kutipan bayaran kelas tambahan juga telah dibincangkan semasa majlis ini. Unit B&K berharap agar pencapaian UPSR pada tahun ini terus meningkat dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan juga ibu bapa.

Layar pentas

Ibu bapa memberi cadangan

Pembentangan oleh Guru Besar

Buku Program

Antara ibu bapa yang hadir


PROGRAM MAJU DIRI (PMD) 2013

Layar Pentas

Majlis Perasmian PMD di dewan

Slot B&K

Slot Disiplin

Slot motivasi Ultimate Champion

 Tarikh  : 2- 4 Januari 2013

    Tahun 2013 membuka tirai dengan Program Maju Diri (PMD) yang dijalankan khusus buat murid-murid Tahap 2. Pelbagai aktiviti telah disusun berdasarkan kepada modul PMD yang telah diubahsuai oleh Unit B&K. Selain itu, Unit B&K juga telah menjemput pihak Ultimate Champion untuk mengisi slot khas motivasi untuk murid-murid Tahun 6. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan PMD tahun ini.

Tuesday, 7 August 2012

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

Pada tahun ini pihak Pusat Tusyen Era Tinta telah bersetuju untuk memberikan Seminar Teknik Menjawab Soalan secara percuma kepada semua murid Tahun 6. Sesi seminar telah dibahagikan kepada 2 hari iaitu 16 Julai 2012 untuk subjek BM dan BI, manakala untuk subjek Sains dan Matematik pula ialah pada 19 Julai 2012.
Banyak ilmu dan teknik-teknik berguna yang sudi dikongsikan bersama oleh tenaga pengajar pusat tusyen ini. Cikgu harap murid-murid dapatlah manafaatkan ilmu tersebut dalam UPSR nanti. Penceramah untuk subjek BM ialah Puan Harlina, BI ialah Mrs Daniel, Sains ialah Puan Wong dan Matematik ialah Mrs Lee iaitu pengetua pusat tusyen ini sendiri. Unit B&K mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pusat Tusyen Era Tinta kerana sudi memberikan seminar ini secara percuma. Diharap kerjasama ini akan berterusan sampai bila-bila.
Puan Harlina

Mrs Daniel

Mrs Wong

Mrs Lee