Friday, 27 April 2012

PELANCARAN GURU PENYAYANG & MENTOR MENTEE

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih-sayang di sekolah Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 
     Sehubungan dengan itu, SK(P) Methodist telah melancarkan Amalan Guru Penyayang ini pada 9 April 2012 semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pada hari tersebut, pihak sekolah telah meraikan murid dan guru yang lahir pada bulan April dengan upacara memotong kek dan penyerahan replika kad ucapan Hari Lahir. 
Murid-murid juga telah menyanyikan lagu-lagu yang bertemakan kasih sayang iaitu - S.A.Y.A.N.G ( Ramlah Ram), Rasa Sayang Eh, dan Terima Kasih Guruku. Terharu juga cikgu-cikgu mendengar nyanyian kamu semua....sob..sob!
       Selain itu, pada majlis ini juga program Mentor Mentee telah dilancarkan. Setiap kelas telah diberikan 2 orang mentor yang terdiri daripada guru-guru SKPM.Sekalung penghargaan kepada semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama dalam majlis pelancaran ini.






Thursday, 19 April 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012


Jom pergi ramai-ramai! ;)

MOTIVASI CINTA UPSR 2012

Tarikh            : 26 Mac 2012 ( Isnin)
Penceramah   : Encik Kamarul Azami ( IQ Class Management)
Tempat          : Dewan SKPM
Masa             : 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.










Semoga ceramah ini dapat memberikan impak baru dalam diri calon-calon UPSR tahun ini. Cikgu sentiasa berdoa agar murid-murid Tahun 6 dapat melakar satu kejayaan yang paling indah dalam UPSR 2012.

KURSUS ASAS PRS (Siri 1)

Kursus Asas PRS telah diadakan pada 03 Mac 2012 iaitu pada hari Sabtu. Ia telah dihadiri oleh 12 orang PRS. Kursus ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah. 2 orang guru bimbingan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot-slot ceramah yang meliputi aspek pengenalan Asas, tugas dan peranan, Asas Komunikasi serta Perkembangan Kendiri.

Selepas selesai slot ceramah, PRS telah mengikuti aktiviti LDK ringkas di dewan. Cikgu lihat kesemuanya ceria dan gembira dengan aktiviti LDk yang telah dijalankan. Insyaallah, pada masa hadapan UBK akan mengadakan Kursus PRS siri 2 dengan lebih banyak aktiviti LDK yang menarik. Terima kasih kepada semua PRS yang menghadiri kursus. Cikgu harap pengisian yang diberikan dapat membantu anda dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang PRS yang prihatin. Jangan lupa baca nota-nota yang dibekalkan! :)

Wednesday, 18 April 2012

BENGKEL KEPIMPINAN MUDA 2012









Tarikh               :  8 Mac 2012 ( Khamis)
Sasaran             : pengawas, Pustakawati, PRS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Penceramah      : Encik Kamarul Azami ( IQ Class Management)
Masa                : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Pengisian           : Ceramah pendek & LDK