Tarikh : 11 Februari 2012
Masa : 10.00 pagi
Dirasmikan oleh : Encik Alex Gabriel (YDP PIBG)
Majlis Dialog telah berlangsung dengan jayanya di dewan sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah telah bekerjasama dengan pihak PIBG untuk menganjurkan program ini. Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa semakin meningkat berbanding pada tahun lepas.
|
Guru kelas yang bertugas sebagai JK Pendaftaran Ibu Bapa |
|
Banner program |
|
Buku Program |
|
|
|
|
Sebahagian ibu bapa yang hadir |
Pada majlis ini, pihak sekolah telah menerangkan Program Peningkatan Akademik yang dirancang untuk murid-murid Tahun 6. Pihak sekolah juga memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa untuk memastikan anak mereka hadir ke kelas tambahan yang akan diadakan pada setiap Sabtu bermula pada bulan Mac nanti. Respons daripada ibu bapa juga didapati sangat positif untuk membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan UPSR 2012. Semoga segala usaha yang dijalankan akan diberkati dan seterusnya dapat mencipta kejayaan yang gemilang dalam UPSR pada tahun ini, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment