Thursday, 9 February 2012

PROGRAM MAJU DIRI (PMD) 2012

Pada 4 hingga 6 Januari yang lalu, Program Maju Diri telah diadakan untuk semua murid Tahun 4 ,5 dan 6. Antara objektif PMD ialah untuk memupuk sikap yakin, berani, bertanggungjawab dan mudah mesra dengan rakan sebaya. Disamping itu, ia juga sebagai persediaan sebelum murid-murid menghadapi sesi pembelajaran dan pengajaran pada tahun baru. 

Selain daripada aktiviti berdasarkan modul, murid-murid juga telah diberikan taklimat melalui slot khas daripada Unit Disiplin, Unit B&K, Unit Ko kurikulum dan Pusat Sumber. 

Selain itu, pertandingan nyanyian berkumpulan juga telah diadakan sebagai salah satu daripada aktiviti  PMD. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan cikgu lihat murid-murid begitu gembira dan bersemangat untuk menghadapi sesi persekolahan 2012. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih untuk semua guru dan murid yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk menjayakan program ini.                       

Banner PMD

Slot B&K disampaikan oleh Pn Emilia

Murid menjalani aktiviti dalam kelas
Sesi perbincangan kumpulan
Pertandingan Nyanyian

No comments:

Post a Comment