Pada 4 hingga 6 Januari yang lalu, Program Maju Diri telah diadakan untuk semua murid Tahun 4 ,5 dan 6. Antara objektif PMD ialah untuk memupuk sikap yakin, berani, bertanggungjawab dan mudah mesra dengan rakan sebaya. Disamping itu, ia juga sebagai persediaan sebelum murid-murid menghadapi sesi pembelajaran dan pengajaran pada tahun baru.
Selain daripada aktiviti berdasarkan modul, murid-murid juga telah diberikan taklimat melalui slot khas daripada Unit Disiplin, Unit B&K, Unit Ko kurikulum dan Pusat Sumber.
Selain itu, pertandingan nyanyian berkumpulan juga telah diadakan sebagai salah satu daripada aktiviti PMD.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan cikgu lihat murid-murid begitu gembira dan bersemangat untuk menghadapi sesi persekolahan 2012. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih untuk semua guru dan murid yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk menjayakan program ini.
|
Banner PMD |
|
Slot B&K disampaikan oleh Pn Emilia |
|
Murid menjalani aktiviti dalam kelas |
|
Sesi perbincangan kumpulan |
|
Pertandingan Nyanyian |