Pelaksanaan Guru Penyayang adalah
bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih-sayang di sekolah
Penyayang membawa maksud perbuatan atau
perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati
orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat
kepedulian
(concern) terhadap setiap
perkara yang berkaitan dengan muridnya
(every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin
dan sabar.
Sehubungan dengan itu, SK(P) Methodist telah melancarkan Amalan Guru Penyayang ini pada 9 April 2012 semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pada hari tersebut, pihak sekolah telah meraikan murid dan guru yang lahir pada bulan April dengan upacara memotong kek dan penyerahan replika kad ucapan Hari Lahir.
Murid-murid juga telah menyanyikan lagu-lagu yang bertemakan kasih sayang iaitu - S.A.Y.A.N.G ( Ramlah Ram), Rasa Sayang Eh, dan Terima Kasih Guruku. Terharu juga cikgu-cikgu mendengar nyanyian kamu semua....sob..sob!
Selain itu, pada majlis ini juga program Mentor Mentee telah dilancarkan. Setiap kelas telah diberikan 2 orang mentor yang terdiri daripada guru-guru SKPM.Sekalung penghargaan kepada semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama dalam majlis pelancaran ini.