Tuesday, 10 July 2012

SEMINAR LOG IN UNIVERSITI MALAYA

     Pada 5 Mei 2012 yang lalu, Unit B&K dengan kejasama Pusat Tuisyen Sarjana telah mengadakan Seminar Teknik Menjawab di Universiti Malaya dan Lawatan Sambil Belajar ke Tugu Negara. Seramai 48 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 telah mengikuti program ini bersama dengan 2 orang guru pengiring iaitu Puan Emilia dan Puan Siti Noor.
    Program dimulakan dengan lawatan sambil belajar ke Tugu Negara. Walaupun hujan renyai-renyai, tetapi cikgu lihat semua peserta sungguh teruja dapat berkunjung ke Tugu Negara. Sekitar jam 10.00 pagi, semua peserta bertolak ke Fakulti Sains, Universiti Malaya untuk mengikuti seminar.
   Slot pertama dimulakan dengan motivasi umum selama 2 jam. kemudian, slot teknik menjawab Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris. Sains dan Matematik. Seminar berakhir pada jam 8.00 malam.







Monday, 9 July 2012

MOTIVASI TEKNIK SQ3R

Tarikh  : 30 April 2012 ( Isnin)
Masa   : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Sasaran : Tahun 4, 5 dan 6
Anjuran : UBK & Pusat Tuisyen Sarjana Pelangi.

    Mr Raj daripada Pusat Tusiyen Sarjana Pelangi telah datang ke MGS untuk memberikan ceramah percuma kepada semua murid Tahap 2. Fokus ceramah beliau ialah teknik belajar yang dikenali sebagai SQ3R. Teknik ini memberi pendedahan tentang teknik yang boleh digunakan oleh murid-murid semasa mengulangkaji pelajaran iaitu:
- Bacaan
- Latih Diri
- Semak
- Pembetulan
- Rekodkan






Friday, 27 April 2012

PELANCARAN GURU PENYAYANG & MENTOR MENTEE

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih-sayang di sekolah Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 
     Sehubungan dengan itu, SK(P) Methodist telah melancarkan Amalan Guru Penyayang ini pada 9 April 2012 semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pada hari tersebut, pihak sekolah telah meraikan murid dan guru yang lahir pada bulan April dengan upacara memotong kek dan penyerahan replika kad ucapan Hari Lahir. 
Murid-murid juga telah menyanyikan lagu-lagu yang bertemakan kasih sayang iaitu - S.A.Y.A.N.G ( Ramlah Ram), Rasa Sayang Eh, dan Terima Kasih Guruku. Terharu juga cikgu-cikgu mendengar nyanyian kamu semua....sob..sob!
       Selain itu, pada majlis ini juga program Mentor Mentee telah dilancarkan. Setiap kelas telah diberikan 2 orang mentor yang terdiri daripada guru-guru SKPM.Sekalung penghargaan kepada semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama dalam majlis pelancaran ini.