Tuesday, 24 February 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR JANUARI & FEBRUARI 2015

Sambutan Hari Lahir untuk guru dan murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari telah diadakan pada 16 Februari 2015 selepas perhimpunan rasmi. Majlis ini merupakan asalah satu daripada program Amalan Guru Penyayang yang dijalankan secara dwi bulanan.

Unit B&K mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua murid yang telah sudi menyumbangkan kek pada hari tersebut.

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR MOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN SUKSES SELALU !







Saturday, 7 February 2015

MAJLIS DIALOG,AKUJANJI TAHUN 6 & CERAMAH KEIBUBAPAAN 2015

Majlis Dialog bersama ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 6 Februari 2015 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam majlis tersebut, aktiviti-aktiviti peningkatan akademik Tahun 6 telah dibentangkan kepada ibu bapa yang hadir. Pihak sekolah juga telah menjemput Tuan Haji Hushim Bin haji Salleh untuk memberi ceramah keibubapaan yang bertajuk "Ibu bapa cemerlang, Anak gemilang" kepada mereka yang hadir.

Setelah selepsai ceramah, murid-murid tahun 6 telah melafazkan ikrar akujanji dan menandatangani dokumen akujanji tersebut bersama ibu bapa di hadapan guru kelas masing-masing.





PROGRAM MAJU DIRI 2015

Program Maju Diri (PMD) telah dijalankan selama 3 hari bermula 12 Januari sehingga 14 Januari 2015. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan PMD.