Sekali lagi pihak B&K menganjurkan motivasi untuk calon-calon UPSR SKPM pada 26 Jun 2012 yang lalu. Pada kali ini Unit B&K mendapat kerjasama daripada Ultimate Champion yang diketuai oleh Coach Mugilan dan Coach Lucas. Program bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Tahniah kepada Ultimate Champion atas pengisian yang lebih segar, bertenaga dan menghiburkan. Cikgu dapat lihat anak-anak murid cikgu bersungguh-sungguh dalam memberikan komitmen terhadap program ini. Apapun, jangan lupa manafaatkan ilmu dan pengajaran yang diperolehi semasa program ini untuk diri sendiri dan orang lain.
Tuesday, 7 August 2012
CHAMPION IN YOU
MAJLIS AKUJANJI UPSR 2012
Unit B&K telah mengadakan Majlis Akujanji UPSR buat julung kalinya di SKPM. Pada tahun ini, semua murid Tahun 6 diwajibkan mengisi borang Akujanji UPSR dan ditandatangani oleh ibu bapa masing-masing. Borang tersebut mengandungi target pencapaian untuk UPSR 2012. Setelah berbincang dengan Guru Besar, semua murid kelas ^Mutiara dan 6 Berlian dimestikan mengisi target 5A, manakala kelas-kelas lain mengikut pencapaian semasa. Bagi murid yang pernah gagal pula, diwajibkan mengisi target sekurang-kurangnya C.
Majlis ini telah diadakan pada waktu perhimpunan rasmi di dalam dewan. Bacaan ikrar diketuai oleh Wan Nur Adriana Shahira daripada kelas 6 Mutiara bersama dengan semua ketua dan penolong ketua kelas Tahun 6. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan jayanya. Menurut guru-guru Tahun 6, murid-murid kesayangan cikgu ni telah menunjukkan sedikit perubahan dalam prestasi Percubaan UPSR yang berlangsung baru-baru ini impak daripada Akujanji tersebut. Alhamdulillah, syukur!
Insyaallah, program ini akan dibuat penambahbaikan dengan melibatkan ibubapa dan guru-guru pula.
MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH
Minggu Anti Dadah telah diadakan di SKPm pada 21 hingga 25 mei 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu seperti pertandingan mewarna, melukis poster, pertandingan teka kata, kuiz dan sajak anti dadah.
Selain itu, Unit B&K juga telah menjemput pihak AADK Selangor yang beribu pejabat di Petaling Jaya untuk datang ke sekolah memberikan ceramah dan pameran anti dadah kepada semua guru dan pelajar.
Cikgu mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan kepada Unit B&K sepanjang Minggu Anti Dadah ini berlangsung. Insyaallah, tahun hadapan kita jumpa lagi!
Selain itu, Unit B&K juga telah menjemput pihak AADK Selangor yang beribu pejabat di Petaling Jaya untuk datang ke sekolah memberikan ceramah dan pameran anti dadah kepada semua guru dan pelajar.
Cikgu mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan kepada Unit B&K sepanjang Minggu Anti Dadah ini berlangsung. Insyaallah, tahun hadapan kita jumpa lagi!
| Banner |
| Pertandingan Mewarna Sesi Petang |
| Ceramah Anti dadah |
| Sebahagian bahan pameran |
| Bahan pameran AADK |
| Terima kasih daun keladi! |
![]() |
| Pemenang Sajak Tahun 4 |
![]() |
| Pemenang Sajak Tahun 5 |
![]() |
| Pemenang Sajak Tahun 6 |
![]() |
| Teka Kata |
![]() |
| Pertandingan Melukis Poster |
Subscribe to:
Posts (Atom)




