Tuesday, 7 August 2012

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

   Minggu Anti Dadah telah diadakan di SKPm pada 21 hingga 25 mei 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu seperti pertandingan mewarna, melukis poster, pertandingan teka kata, kuiz dan sajak anti dadah.
   Selain itu, Unit B&K juga telah menjemput pihak AADK Selangor yang beribu pejabat di Petaling Jaya untuk datang ke sekolah memberikan ceramah dan pameran anti dadah kepada semua guru dan pelajar.
    Cikgu mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan kepada Unit B&K sepanjang Minggu Anti Dadah ini berlangsung. Insyaallah, tahun hadapan kita jumpa lagi!
Banner

Pertandingan Mewarna Sesi Petang

Ceramah Anti dadah

Sebahagian bahan pameran

Bahan pameran AADK

Terima kasih daun keladi!
Pemenang Sajak Tahun 4

Pemenang Sajak Tahun 5

Pemenang Sajak Tahun 6

Teka Kata

Pertandingan Melukis Poster

Tuesday, 10 July 2012

SEMINAR LOG IN UNIVERSITI MALAYA

     Pada 5 Mei 2012 yang lalu, Unit B&K dengan kejasama Pusat Tuisyen Sarjana telah mengadakan Seminar Teknik Menjawab di Universiti Malaya dan Lawatan Sambil Belajar ke Tugu Negara. Seramai 48 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 telah mengikuti program ini bersama dengan 2 orang guru pengiring iaitu Puan Emilia dan Puan Siti Noor.
    Program dimulakan dengan lawatan sambil belajar ke Tugu Negara. Walaupun hujan renyai-renyai, tetapi cikgu lihat semua peserta sungguh teruja dapat berkunjung ke Tugu Negara. Sekitar jam 10.00 pagi, semua peserta bertolak ke Fakulti Sains, Universiti Malaya untuk mengikuti seminar.
   Slot pertama dimulakan dengan motivasi umum selama 2 jam. kemudian, slot teknik menjawab Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris. Sains dan Matematik. Seminar berakhir pada jam 8.00 malam.







Monday, 9 July 2012

MOTIVASI TEKNIK SQ3R

Tarikh  : 30 April 2012 ( Isnin)
Masa   : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Sasaran : Tahun 4, 5 dan 6
Anjuran : UBK & Pusat Tuisyen Sarjana Pelangi.

    Mr Raj daripada Pusat Tusiyen Sarjana Pelangi telah datang ke MGS untuk memberikan ceramah percuma kepada semua murid Tahap 2. Fokus ceramah beliau ialah teknik belajar yang dikenali sebagai SQ3R. Teknik ini memberi pendedahan tentang teknik yang boleh digunakan oleh murid-murid semasa mengulangkaji pelajaran iaitu:
- Bacaan
- Latih Diri
- Semak
- Pembetulan
- Rekodkan